Friday, July 27, 2012

BORING DI BULAN PUASA

Pagi Ahad ritu, tersangatlah boring.  Jam baru kul 9.00 pagi.  Husband keja, fikri dan farah tuisyen.  Tinggallah berdua ngan si Tihah.  Tak de keja nak wat, sebab sume keja umah dah settle hari Sabtu.  So apa lagi, 'Tihah, jom kita jalan2 nak'.  Tihah:  Nak, jom mama.

Ok, so aku pun teruslah bersiap, capai kunci kereta dan apa lagi, start engine.  Nak ke mana?  Mana lagi, takkan jalan kat Klang kot, mestilah Shah Alam!!!!  So destinasi pertama ialah ke Tasik Shah Alam.  Sampai di sana, ya Allah seronoknya tak de orang main pun kat playground.  Ada lah beberapa orang bukan muslim jogging.  Apa lagi, seronoklah si Tihah main, suka hati nak main buai mana, nak panjat yang mana, tak yah berebut.  Aku pun senang nak jaga, duduk je tenguk dari jauh.  Adalah nak dekat 2 jam dia main, biar dia main puas-puas.


 


Lepas main, pegi ofis.  Bukan nak wat keje.... tapi nak mengemas.  Bawa barang balik umah sebab nak pindah ofis kan.  Datang ofis, ya Allah sunyi, lengang, senyap, takut pun ya.  Kemas2 barang kelam kabut nak cepat.  Tihah:  Mama, curi ke?.  Ya Rabbi, ada ke dia kata aku mencuri. May be sebab tenguk aku kelam kabut kot.  Aku terus explain kat dia, bukanlah tihah, mama nak pindah, ni barang mama bukan curi.  Nak bawa balik simpan kat umah lah.  Tihah:  ohh.

Lepas pegi ofis, pegi shopping pulak, hmmm best giler.




LAMANYA TAK UPDATE BLOG

Semenjak wat akademik kat CITU ni, lama sungguh aku tak update blog ni.  Dah jadi bahan arkib pulak, simpan je tapi tak update.

Bila terkenang keje di CITU ni dah masuk 4 tahun dah aku bekerja di sini.  Memang banyak kenangan pahit dan manis.  Especially bila teringat time nak dekat exam, punyalah kelam kabut, busy sampai kadang2 1 hari tu tak kuar2 bilik pun.  Mengadap jelah komputer buat tu buat ni.  Sampai orang kata ingatkan cuti.  Tapi memang seronok.

Tapi mengenangkan bak kata pepatah Tun Mahathir, bila tengah senang kena lepaskan.  So aku ambil keputusan untuk bertukar ke jabatan lain.  So kali ini aku akan berhijrah ke Pejabat Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni bermula 1 Ogos 2012.  Keja baru, bos baru, rakan baru.  Tapi aku akan cuba sebaik mungkin untuk melaksanakan kerja2 ku.  Biarlah umur dah meningkat ni, wat kerja baru pulak.  Taklah rasa bosan dan nanti lama2 jadi malas kan.  Nak vogue pun tak de mood.  So makin tua kenalah makin update luar dan dalam. 

Harap sumenya akan menjadi OK.

Monday, October 31, 2011

pencen 60 tahun?????




Bila terfikir kerajaan dah lulus pencen 60 tahun... ha 60 tahun? tak sanggup aku rasanya. Harap masa umur 56 tahun (umur bersara yang dipilih) ketika itu ekonomi ku kukuh. Si Tihah pun masa tu baru habis SPM. Si Fikri dah umur 30 tahun, dah kawin rasanya. Si farah dah umur 27 tahun, pun dah kawin kot.

Bolehlah rasanya bersara dengan aman. Si tihah lah jadi penemanku masa tu. Sekarang budak kecik nilah yg jadi kawan baik aku. Bila buat keje, dia mesti mengekor je kat belakang, macam body guard. Tapi senang gak bila nak disuruh dia ada. Budak rajinlah katakan walau pun tak larat nak layan dia cakap, tak berhenti2. Kadang2 tension gak. Bila dah buat keje byk, sakit belakang sakit pinggang, siapa yang tolong pijak? Si budak kecik nilah jugak, dia pijak belakang, sedap.... dia tumbuk ngan kaki hmm sedap belakang ni (maklumlah mamanya dah early 40s.) Bila pening... sapa picit?... budak kecik nilah, walaupun jarinya halus bebenar, tak rasa apapun, tapi bolehlah. Bila dipanggil si kakak, barulah dia picit, tapi memang power giler, si farah picit kepala.

Tapi hakikatnya bila anak dah besar, hanya pandai duduk dalam bilik, layan fb.... tulah trend budak sekarang...

SIAPA YANG RAJIN






Dialog di pagi Ahad:

Mama: Adik!!! (panggilan utk si farah). tolong mama amik bakul hijau
Farah: Bakul mana tu

(Mama malas nak jawab sebab sambil masak nak jemur kain dan minta ambil bakul hijau untuk letak baju)

Mama: Tihah! Tolong mama amik bakul hijau.

(Si tihah terus pergi tanpa bertanya pun apa tu bakul hijau. Dalam 5 minit, dia datang bawa bakul hijau yang lebih besar dari dia)

Mama: Tenguk adik, pandai tihah. Dia tau bakul hijau tu apa dan mama letak kat mana.
Tihah: Senyum banggalah....

(Dalam kepala mama hmm sapa yang selalu tolong mama bila buat keje rumah. Walau pun masih kecil, walaupun kadang-kadang rasa menyibuk sebab nak tolong semua benda kita buat, tapi hakikatnya dia yang byk tolong selain dari kakaknya!!!)

Tuesday, September 6, 2011

BLACK FASHION AIDIL FITR I 2011


Fatihah di rumah nenek muda


Berposing di rumah mak


Pelik si fatihah tenguk orang bergambar hari raya


Apalah yang dibisikkan oleh anak bujangku dan anak daraku


Tarian ala2 India he he


Bergambar di depan tangga rumah mak


Kali ni anak2ku beraya dengan baju color hitam. Ni sume angkara si Fikri lah he he. Dia sibuk nak baju melayu warna hitam. Macam nak konvokesyen lah pulak. So terpaksalah si farah dan si fatihah ku belikan baju warna hitam....

AIDIL FITRI 2011


Bergambar bersama mak dan ayah dan kaklong. Kali ni ambik gambar kat rumah saja sebab hujan. Tak dapat lah bergambar di luar rumah macam tahun lepas


Ibu dan ayah tersayang




Budak2 yang paling comel he he.
Dari kanan: Syarmeen, Nur Iffat Sufi, Nurirdina Sufiah, Nuramina dan Nurfatihah Nazneen


Bergambar satu family, kali ini family bob tak masuk sebab dia balik hari raya ke dua


Inilah anak2 bujang dan anak dara kat rumah tu. Sama cantik sama padan he he
Dari kanan: Noriz Syamil, Nur Fikri, Noriz Syafiq dan Nurfarah Natasya




Mak dan ayah bergambar bersama cucu-cucu mereka


Beraya di rumah nenek di Melaka. Budak2 ni jarang ke rumah moyang mereka, so makan tak hingat dunia


Posing lagi



Beraya di rumah nenek muda. Kat sini makan memang sedap sebab anak dia yang masak.
Dia chef di hotel golden horses KL


Lagi gambar bersama cucu-cucu


Aidil Fitri 2011 kali ini memanglah seronok. Kali ini kami berjalan sungguh walau pun raya pertama hujan dan tidak dapat ke kubur pada pagi raya untuk menziarah kubur arwah nenek, atok dan adikku Izleha. 3 hari sebelum raya kami dah pulang ke Melaka. Kali ni dapatlah berbuka puasa di Melaka lama sikit. Pada raya kedua kami telah pulang ke Klang dan raya ke-3 pulang ke Lenggong, Perak.

Di Perak tak ada aktiviti sangat sebab hanya beraya di rumah kakak. Di Kampung Temelong hanya berborak dengan mak2 sedara dan kakak yang kebetulan balik ke kampung untuk beraya dari Shah Alam. Pagi Jumaat tu ada pasar pagi, so kita orang sibuk beli ikan2 sungai yang fresh. Apa lagi berkelah di rumah lah. Sedap sungguh makan ikan2 fresh. Menu hari itu: Ikan sungai (tak tau nama he he) bakar, telur ikan bakar, ikan sungai masak asam pedas, udang bakar, ikan masin kedera goreng, bayam masak air, lemak pucuk paku dan air asam. Memang terangkat, tak pernah aku makan bertambah, kali tu makan bertambah.

TAKBIR RAYA 2011



Selepas takbir mereka dijamu makan. Menu: Ketupat, rendang, lemang, buah, puding trifle



Memang pada tiap2 tahun, rumah ayah didatangi kumpulan takbir untuk takbir raya dan bacaan doa. Kali ini rumah ayah nombor 1. So seronoklah sikit sebab tak payah tunggu lama macam tahun lepas. Seronok pulak dengar rumah berkumandang takbir raya secara siaran langsung. he he cewah...